Badan Khairat Kematian Kariah Lunas
Khairat Kematian: Membantu Meringankan Beban Keluarga
Badan Khairat Kematian Kariah Lunas memainkan peranan penting dalam membantu keluarga yang kehilangan orang tersayang dengan menanggung kos pengebumian dan pengurusan jenazah. Bantuan ini dapat mengurangkan beban kewangan keluarga yang mungkin menghadapi kesulitan pada saat menghadapi kematian.
Dengan bantuan khairat, pengebumian dapat dilakukan dengan cepat dan mengikut syariat Islam. Keahlian dalam khairat kematian ini adalah satu bentuk pelaburan kecil yang memberikan faedah besar dari segi kebajikan sosial, terutama dalam waktu sukar.
Pendaftaran Ahli
Badan Khairat Kematian Lunas dibuka mulai 1 Februari 2024 untuk permohonan baharu dan pembaharuan keahlian. Untuk kemudahan, semua urusan permohonan dan pembayaran dilakukan secara dalam talian.
Langkah-Langkah untuk Mendaftar atau Memperbaharui Keahlian
- Semua permohonan dan pembaharuan keahlian dibuat secara dalam talian melalui Sistem e-Khairat Lunas di laman web berikut:
https://www.e-khairat.com/lunas - Bayaran secara atas talian melalui ‘gateway’ pembayaran Toyyibpay.
- Caj transaksi sebanyak RM1.00 akan dikenakan oleh pembekal ‘gateway’ untuk setiap transaksi dan perlu ditanggung oleh ahli.
- Bayaran Tunai dan Pemindahan Manual tidak lagi diterima selepas 1 Februari 2024 untuk memudahkan pemantauan pembayaran dan mengelakkan kesilapan perekodan.
- Status pembayaran akan dikemaskini secara automatik melalui emel kepada ahli yang berdaftar.
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan atau permasalahan, sila hubungi AJK dan wakil-wakil khairat yang telah dilantik.
Ahli Jawatankuasa Badan Khairat Kematian Lunas
Jawatan | Nama |
---|---|
Pengerusi | Haji Md Nawiral Musafaa bin Masdom |
Timbalan Pengerusi | Abd Muin bin Hamzah |
Setiausaha | Muhammad Rusli bin Salleh |
Bendahari | Kamarudin bin Man |
AJK Rekod | Zainuddin bin Abu Bakar |
AJK Urusan Jenazah | Mohammad Sanusi bin Abdul Ghani |
AJK Maklumat | Amir bin Awang |
AJK Maklumat | Abdul Majid bin Abdul Razak |
AJK Penerangan & Promosi | Ramli bin Musa |