Pembinaan Masjid Kariah Lunas

Senarai AJK

Pendahuluan

  • Masjid merupakan satu institusi utama agama Islam yang menjadi tempat beribadat secara berjemaah penduduk setempat.
  • Masjid  juga mempunyai pelbagai fungsi lain yang boleh melahir sebuah masyarakat yang berjiwa murni dan berakhlak mulia.
  • Kepesatan pembangunan serta penambahan penduduk di kawasan Lunas yang terletak berdekatan dengan  kawasan Kulim Hi-Tech Park  telah menyebabkan penambahan yang ketara bilangan jemaah.
  • Masjid-masjid yang sedia ada di sekitar kawasan ini dilihat sudah tidak mampu  menampung pertambahan bilangan jemaah ini.
  • Menyedari masalah yang bakal timbul sekiranya tidak ada usaha dibuat menanganinya, maka cadangan pembinaan Masjid Kariah Lunas ini dikemukakan.

Objektif

  • Objektif pembinaan masjid baru bagi kariah Lunas adalah untuk menampung keperluan anak kariah mendirikan solat jumaat serta tempat untuk mengadakan aktiviti aktiviti keagamaan. Masjid baru tersebut akan dibina di sebuah kawasan seluas 4.03 ekar di kawasan Bandar Permata Lunas yang telah digazetkan untuk pembinaan sebuah masjid.

Latar Belakang

  • Kariah Lunas adalah kariah baru di dalam daerah Kulim yang digazetkan berikutan penambahan penduduk di sekitar pekan Lunas.
  • Penambahan penduduk di dalam kariah Lunas adalah disebabkan oleh pembinaan taman-taman perumahan baru.
  • Kedudukan pekan Lunas adalah berhampiran dengan kawasan perindustrian Kulim Hi-Tech yang sedang membangun dengan pesat.
  • Sehubungan dengan penambahan penduduk yang meningkat di sekitar Lunas, pembentukan kariah baru amat perlu sekali. Maka kariah Lunas pun digazekan sebagai kariah baru di dalam daerah Kulim.
  • Sebelum ini kariah Lunas dan kariah Taman Sejahtera adalah satu entiti (tetapi disebut sebagai kariah Lunas) dan ianya termasuk di dalam kariah Sungai Limau. Berikutan dengan pembinaan lebuhraya BKE dan juga penambahan penduduk yang mula ketara, maka di usulkan pecah kariah dan diperkenankan. Jadi wujudlah kariah Lunas yang asal.
  • Masjid bagi kariah Lunas yang asal adalah Masjid Nurulsaadah yang terletak di Taman Sejahtera.
  • Masjid Nurulsaadah agak terhad dan tidak mampu menampung jemaah yang ramai dari seluruh kariah Lunas. Kerana maslahah ini, ramai jemaah yang memilih untuk mengerjakan solat di masjid luar kariah seperti Masjid Sungai Seluang, Masjid Kilang Lama, malah Masjid Ara Kuda, Pulau Pinang.
  • Melihat kepada masalah anak kariah terpaksa solat diluar daripada kariah, maka dicadangkan agar kariah Lunas yang asal dipecahkan kepada dua kariah baru, iaitu Kariah Taman Sejahtera dan Kariah Lunas.
  • Berikutan dengan perpecahan kariah tersebut, kariah Lunas tidak mempunyai masjid untuk kegunaan anak kariah menunaikan solat Jumaat.
  • Sehubungan dengan itu, Majlis Agama Islam Kedah telah membenarkan untuk didirikan solat jumaat sementara di Surau Al-Abrar Taman Gemilang sehingga masjid baru dibina.
  • Dianggarkan jumlah anak kariah yang wajib solat jumaat akan bertambah dua kali ganda apabila Bandar Permata Lunas siap sepenuhnya.
  • Adalah jelas bahawa keperluan kepada sebuah Masjid baru untuk kegunaan anak kariah adalah satu keperluan yang amat mendesak.

Lokasi Tapak Masjid

  • Lokasi tapak cadangan Masjid Kariah Lunas ini sebenarnya telah digazetkan oleh pihak Pemaju, Golden Bluechip Sdn Bhd. sepertimana yang telah dilakarkan/dinyatakan di dalam Pelan kepada Jabatan Perancang Bandar & Desa, Majlis Perbandaran Kulim.

  • Pihak Majlis Perbandaran Kulim telah mengesahkan kepada Majlis Ugama Kulim bahawa lot-lot tanah tersebut iaitu lot 3310 telah dirizabkan sebagai tapak masjid untuk kegunaan masyarakat Islam.
  • Surat permohonan tanah kerajaan telah dikemukakan oleh Pejabat Agama Daerah Kulim kepada Setiausaha Majlis Agama Islam Kedah pada 11 Disember 2017 (Rujuk Surat Bil (17) dlm.AGAMA (KU) P.T 12/2017).
  • Lanjutan daripada itu para penduduk dari kawasan berkaitan telah bermesyuarat pada 2 Februari 2018 untuk memilih Jawatankuasa Penaja Pembinaan Masjid Kariah Lunas yang bertanggung jawab untuk menyediakan cadangan-cadangan tertentu untuk Projek Pembinaan Masjid Kariah Lunas.

Pemecahan Kariah

  • Permohonan pemecahan kariah Lunas (kariah Lunas yang asal) dari kariah Sungai Limau telahpun dikemukakan kepada pihak Majlis Ugama Islam Kulim pada 11 Jun 2015.
  • Permohonan itu telahpun dipanjangkan oleh Pejabat Agama Daerah Kulim kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah pada1 Jul 2015 (Rujuk Surat Bil (17) dlm.AGAMA (KU) PAK 1/036) akan tetapi ditangguhkan kerana tiada tanah yang sesuai untuk dibina masjid kariah.
  • Pihak Jawatankuasa Penaja yang baru juga telah menghantar surat kepada Pejabat Ugama Kulim pada 7 Mac 2018 (Ruj: JPMBPL 02/2018) supaya permohonan pecahan kariah 2015 itu diteruskan seiring dengan pembinaan masjid di tapak baru ini.
  • Pada 8 Julai 2018, Sahibus Samahah Dato’ Syeikh Fadzil bin Haji Awang  Mufti Negeri Kedah Darul Aman, bersama rombongan telah mengadakan lawatan ke Lunas dan diberi taklimat tentang pemecahan kariah Lunas (kariah Lunas yang asal).
  • Pada 22 Jul 2018, Pihak Jabatan Mufti Negeri Kedah telah menghantar surat (Ruj: ( 81 ) dlm JMNK(F)609 Jld 13) kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah untuk menyatakan pandangan mufti tentang permohonan pecah kariah tersebut iaitu menyokong cadangan pemecahan kariah.
  • Pada 18 Oktober 2018, pihak Pejabat Agama Daerah Kulim telah menghantar surat [Ruj: Bil (18) dlm AGAMA (KU) PAK1/036]  kepada Jawatan Kuasa Penaja bahawa pemecahan kariah kepada Kariah Lunas (kariah Lunas yang asal)  telahpun mendapat persetujuan rasmi dari KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman.
  • Pada 9 Disember 2022 diistiharkan kariah Taman Sejahtera sebagai kariah baru dan berpecah dari kariah Lunas (kariah Lunas yang asal). Dengan itu kariah Lunas yang asal telah berpecah kepada dua kariah, iaitu Kariah Taman Sejahtera dan Kariah Lunas.

Cadangan Konsep Masjid

  • Jawatankuasa Penaja Masjid Kariah Lunas telah mencadangkan agar Kompleks Masjid Kariah Lunas ini mempunyai 2 komponen utama iaitu :
    • Kompleks Masjid Utama
    • Bangunan-Bangunan Sokongan
  • Masjid Lunas dicadangkan perlu berkonsep untuk  dijadikan sebagai Pusat Aktiviti Sosial bagi menampung keperluan penduduk seperti:
    • Urusan Ibadat Jemaah
    • Urusan Pengajian Ugama
    • Urusan Pengurusan Jenazah
    • Majlis Perkahwinan
    • Aktiviti Seminar / Mesyuarat
    • Ruang Perniagaan

Cadangan Spesifikasi Masjid

Spesifikasi Masjid Kariah Lunas adalah dicadangkan seperti berikut :

MAKLUMAT UMUM
Keluasan Tanah Keseluruhan 4.03 ekar
Keluasan Lantai Bangunan Utama 2,347.28 m2
Keluasan Lantai Bangunan Sokongan 578.31 m2
Jumlah Keluasan Keseluruhan Lantai Bangunan 2,925.59 m2
KAPASITI JEMAAH
Ruang Solat Utama 1,700 orang
Ruang Perempuan Tingkat Atas 465 orang
Ruang Solat Terbuka (Balai Lintang) 1,010 orang
Jumlah Keseluruhan Jemaah 3,175 orang
TEMPAT LETAK KERETA
Tempat letak kereta yang disediakan 224 petak
Tempat letak motosikal yang disediakan 160 petak

Cadangan Pelan Masjid

  • Pelan Tapak

Anggaran Awal Kos Masjid

  • Adalah dianggarkan bahawa kos untuk masjid adallah RM11.13 juta.
  • Anggaran kos ini adalah berdasarkan kos per jemaah bagi pembinaan sesuatu masjid ialah RM 3,500.00 per jemaah.
  • Kapasiti masjid yang hendak dibina adalah untuk menampung 3,175 orang.
  • Jadi kos anggaran awal berpandukan kaedah ini ialah RM 3,500.00 X 3,175 orang iaitu RM 11, 112,550.00

Lakaran Imej Masjid 

Sumber Pembiayaan

  • Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Masjid Kariah Lunas pada 2hb Februari 2018 telah membincangkan beberapa cara sumber pembiayaan pembinaan Masjid Kariah Lunas ini. Antaranya :
    • Kutipan derma dari orang ramai.
    • Peruntukan dari Kerajaan Negeri.
    • Peruntukan dari Kerajaan Persekutuan.
  • Permohonan untuk memungut derma dari orang ramai telah dibuat pada 13 Januari 2019 dan telah diluluskan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman pada 28 Februari 2019 (Bil Kebenaran : (08) dlm.Agama (K) A-4-2019).

Sokongan

  • Adalah menjadi harapan kami agar niat suci kami untuk mendirikan sebuah masjid di kawasan Lunas ini akan mendapat sokongan daripada semua pihak.
  • Masjid ini akan dimanafaatkan dengan pelbagai majlis ilmu yang dapat mendidik generasi muda, remaja dan kanak-kanak agar pembangunan rohani mereka seimbang dengan pembangunan fizikal.
  • Kewujudan masjid ini insya Allah akan dapat meningkatkan syiar Islam di kawasan ini yang menambah minat penduduk setempat untuk bersama-sama menyertai serta mengimarahkan program-program masjid.
  • Dengan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan, seluruh masyarakat akan mendapat manafaat darinya, bukan hanya golongan yang berugama Islam tetapi juga golongan bukan Islam
  • Ini kerana masyarakat yang terdidik dalam ugama akan mempunyai nilai-nilai yang tinggi yang membawa kebaikan kepada semua

Penutup

Akhir kata sama-samalah kita berdoa kepada Allah SWT agar kita diberi kekuatan di dalam usaha mendirikan masjid ini serta dipermudahkan segala urusan baik dari segi urusan kelulusan pihak berkuasa, kewangan, pembinaan, dan kerjasama yang erat dari semua pihak.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Senarai AJK

JAWATANKUASA BIRO PEMBANGUNAN MASJID KARIAH LUNAS 2023 – 2025

JAWATAN NAMA
Penasihat HAJI MOHD NAJIB BIN DESA
HAJI MD NAWIRAL MUSAFAA BIN MASDOM
Pengerusi EN. ABDUL HALIM BIN AHMAD
Timbalan Pengerusi HAJI NASRI SHAMSUDDIN BIN AHMAD
Setiausaha UST. MOHAMMAD HAFIZ BIN ABDUL AZIZ
Timbalan Setiausaha EN. MUHAMMAD RUSLI BIN SALLEH
Bendahari HAJI JAHAYA BIN ABDUL HAMID
Jawatankuasa EN. MOHD ZAHIR BIN AB WAHAB
Jawatankuasa UST. NAZRI BIN OTHMAN
Jawatankuasa EN. RIFAI BIN ABU BAKAR
Jawatankuasa EN. ZAINAL ABIDIN BIN YAHAYA
Jawatankuasa EN. MOHAMAD ZAUPON BIN GHOZIT
Jawatankuasa EN. MOHD NAZZRIL BIN MOHAMAD NOOR
Jawatankuasa EN. MOHD FAKULRADZI BIIN ZAINOL
Jawatankuasa EN. MUHAMMAD ISMAT BIN ABDUL RAHMAN
Jawatankuasa EN. AZROL BIN AHMAD

SENARAI AHLI JAWATANKUASA INDUK MASJID KARIAH LUNAS SESSI 2023-2025

JAWATAN NAMA
Pengerusi HAJI MOHD NAJIB BIN DESA
Timbalan Pengerusi MOHD MUSTAQIM BIN MAT ALI
Setiausaha HAJI MD NAWIRAL MUSAFAA BIN MASDOM
Bendahari HAJI CHE MEE BIN AHMAD
Jawatankuasa HAJI NASRI SHAMSUDDIN BIN AHMAD
Jawatankuasa ABDUL HALIM BIN AHMAD
Jawatankuasa AHMAD SHAKIR BIN ARUS
Jawatankuasa MOHAMMAD HAFIZ BIN ABDUL AZIZ
Jawatankuasa HAJI NOR MUZAMMIL BIN MANSOR

Dapatkan Kemaskini Aktiviti Pembinaan Masjid Kariah Lunas

Untuk mendapatkan kemaskini terkini mengenai aktiviti pembinaan Masjid Kariah Lunas, sila kunjungi TikTok dan Facebook kami di pautan berikut:

TIKTOK

FACEBOOK